19 October 2008

Imam Ghazali dan Teka-teki Untuk Anda!

Soalan Teka-teki daripada Imam Ghazali Untuk Anda

(..Selalunya orang yang bertanya itu lebih tahu daripada orang yang kena Tanya… So, jadikanlah sebagai renungan serta panduan.... (bukan sekadar pertanyaan..)

Tuan-tuan dan puan-puan "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Anda sangka jawapannya "Orang tua" atau
Anda mungkin kata jawapannya "Guru" atau
Mungkin anda ingat jawapanya "Teman" atau pun
Mungkin pada sangkaan anda "Kaum kerabat"..

Menurut Imam Ghazali bahawa "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Tuan-tuan dan puan-puan "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Mungkin jawapan anda "Negeri Cina " atau
Mungkin juga "Bulan" atau
Boleh jadi benda "Matahari" atau
Pada fikiran anda benda seperti "Bintang-bintang" dilangit angkasa raya..

Sebaliknya Iman Ghazali mengatakan bahawa “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan tuntutan ajaran Agama".

Soalan Iman Ghazali buat anda lagi iaitu "Apa yang paling besar didunia ini?"

Kita terlihat “Gunung" ; hmm boleh jadi Gunung-ganang; atau
Kita telah pelajari sains alam semesta dan kita fikir "Matahari" kot.. atau
Pada perspektif yang nampak ini boleh jadi "Bumi" yang sedang kita diami ini;

Sesungguhnya hasil kajian dan pemerhatian Imam Ghazali "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU kita lihat (Surah Al A'raf: 179). Oleh itu, haruslah kita berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Persoalan seterusnya "Apa yang paling berat didunia? "

Anda pernah kerja mengangkat baja-baja untuk tanaman jadi mungkin "Baja" kot.. hehe hehe atau ;
Boleh jadi benda "Besi" dan keluli atau
Binatang paling besar dan berat iaitu mungkin "Gajah" agaknya..

Kata Imam Ghazali lagi bahawa "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH sepertimana diceritakan didalam Al-Quran (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Soalan yang menarik disini pula Imam Ghazali bertanya anda "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Sangkaan anda mungkin ianya "Kapas" atau
Mungkin juga "Angin" atau
Yang lebih halus iaitu "Debu" atau
Biasa terlihat "Daun-daun" berguguran dikala angin bertiup..

Diatas kebijaksanaan Imam Ghazali mengatakan bahawa "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat" ..(fikir-fikirkan lah yer mengapa begitu kadang-kala senang sekali kita melakukannya.. astaghfirullahala’zim)..

Jika tuan-tuan dan puan puan tahu "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Setengah dari kita mengatakan "Pedang" atau pisau atau sabit mungkin gunting..

Tetapi menurut perkiraan Imam Ghazali "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan rakannya sendiri "

(..hmm mungkin kah aku salah seorang darinya.. na’uzubillah..)

"sampaikanlah walau satu ayat"..

18 October 2008

Mat Jenin - Kisah Dan Tauladan

KISAH DAN TAULADAN – MAT JENIN (Benarkah adanya nama ini dalam sejarah Melayu kita yer.. sama-samalah fikirkan)

(Maafkan aku ..kerana aku tidak tahu siapa yang mengarang cerita ini dan jika ianya bertujuan untuk menjatuh air muka bangsa ku sendiri – bangsa Melayu atau mungkin ianya sekadar bertujuan untuk semata-mata menyedarkan minda kita daripada kealpaan agaknya..)

Mat Jenin mengambil upah memetik buah kelapa. Pendapatannya sekadar cukup-cukup makan untuk menyara anak bininya. Baju baru pun tak terbeli, nak beli barang-barang mewah jauh sekali. Makan pun dalam daun pisang. Minum pula dalam cawan buluh.

Satu hari Mat Jenin diupah oleh Haji Mamat Tokey Kelapa untuk memanjat kelapanya. Mat Jenin rasa irihati melihat kekayaan yang dimiliki oleh Haji Mamat. Kebun kelapanya luas berekar-ekar.

Rumahnya besar tersergam indah. Keretanya ada dua biji pula tu. Bininya pun dua.

"Hai...Kalaulah aku dapat jadi kaya macam Haji Mamat. Taklah aku susah-susah hidup macam ni.." fikir Mat Jenin.

"Aku ni hidup susah, aku taknak anak-anak aku kelak jadi susah macam aku. Aku mesti bekalkan mereka dengan wang! Ya!! Aku mesti jadi kaya!! Bini aku...dah lama dia tak dapat pakai barang-barang kemas..kalau aku kaya nanti aku akan belikan dia emas, berlian, zamrud...hahahahahaaa!!!" Mat Jenin mula berangan-angan.

Masa naik pokok kelapa Mat Jenin makin kuat berangan-angan... "Mula-mula aku beli ayam, bila dah biak banyak, aku jual ayam beli kambing, biak lagi aku beli lembu.....bila dah kaya dapat banyak lembu aku beli pula kuda...." Mat Jenin mula berkhayal dan bergaya naik kuda di atas pokok kelapa yang tinggi itu. Tiba-tiba....

"Bruuupppp!!!!"

Mat Jenin terjatuh dari pokok kelapa tapi tertimpa pula Mat Ashraf yang kebetulan lalu di bawah. Mat Ashraf meninggal dunia serta merta manakala Mat Jenin tercedera dan dimasukkan ke hospital.

Doktor mengesahkan Kecederaan Mat Jenin tidak membolehkannya lagi bekerja sebagai pemanjat kelapa. Di katil hospital Mat Jenin merintih sendiri:

"Ya Allah ya Tuhanku. Aku mohon ampun kepadaMu kerana tidak bersyukur dengan rezeki yang telah Kau berikan padaku. Sepatutnya aku redha dengan keadaanku itu, di samping berusaha mencari nafkah harianku. Sepatutnya aku tidak berangan-angan terutama sekali waktu buat kerja...seperti kata orang tua-tua 'umpama Mat Jenin'...eh...aku lah tu...sepatutnya aku sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Kau sama ada aku miskin atau kaya."

Sewaktu Mat Jenin merintih sendirian itu, dua orang polis dating menemuinya. Setelah memperkenalkan diri, mereka menunjukkan sehelai kertas kepada Mat Jenin.

"Kertas ini kami jumpa di tempat awak jatuh. Kami tak tahu siapa yang punya, awak ke Mat Ashraf".

Setahu Mat Jenin dia tidak membawa apa-apa kertas masa tu. Sudah tentu Mat Ashraf yang punya. Sebelum Mat Jenin menjelaskannya kepada polis, dia sempat melihat isi kandungan kertas itu:

  1. Mau duit belanja harian : buat pinjaman Bank Rakyat. "MINTA" Abang Ali tolong pinjam. Dia kerja Gomen. Senang...hehehe....
  2. Nak projek..."MINTA" ahli politik tolong rekomen.
  3. Nak beli kereta baru...buat pinjaman bank, tak ada cagaran. "MINTA" Kak Temah cagarkan tanahnya.
  4. Along datang suruh bayar hutang. Macammana mau bayar? Duit tadak..."MINTA" dengan Haji Mamat Tokey Kelapa.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Seteruk-teruk aku, teruk lagi perangai Mat Ashraf ni. Patutlah dia yang mati bukannya aku. Semoga Kau mengampuni dosanya...amin." - Mat Jenin.

The moral of the story: "Just be your self.." Work hard and work smart..

(Hey if you don't know the Malay Language, just search for dictionary to learn it..)

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search