10 March 2008

ADAKAH KEBIMBANGAN MENGHANTUI FIKIRAN ANDA?

Selamat bersua kembali didalam laman blogger ini.

Pada topik kali ini, marilah kita sama-sama menyelami perasaan hati kita setelah 2 hari lepas kita melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Tidak membuang mengundi tu mungkin tidak mendaftar lagi kot tapi tidak mengapalah mungkin tiada apa-apa perasaan dihati mereka ini sebab mungkin tidak mahu memberati kepala 'akal' mereka itu atau masa depan mereka telah pun mereka petakan didalam minda mereka jadi tidak perlulah turut serta mengundi.

Bagi yang telah membuang undi tetapi (mungkin sengaja) membuat undi rosak pula anda telah membuang mensia-siakan umur anda saja. Lain kali selepas ini lebih baik tak payahlah keluar pergi membuang mengundi lagi. Anda telah mensia-sia hidup anda.

Baiklah, undi sudah, kira undi pun sudah tup-tup keputusan mengejut pun diumumkan. Begitulah dikatakan 'demokrasi', ada yang menang dan ada yang kalah. Menang tidak bererti boleh hidup selesa manakala yang kalah tidak bermakna boleh balik gulung-tikar.. Masing-masing mempunyai tanggung jawab besar untuk menjamin kestabilan politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negara diMalaysia amnya. Realisasikanlah apa yang telah diwar-warkan pada Menifesto kedua-dua belah pihak Parti Politik tersebut. Janganlah hanya duduk untuk mencari kesalahan siapa yang patut memerintah negara atau kedudukan siapakah yang patut mengantikan menteri yang telah tewas dalam pilihanraya lalu.

Sekarang inilah masanya kedua-dua pihak melontarkan idea yang bernas bagi memajukan negara ini dan membasmikan segala macam kepincangan pentadbiran yang lalu dan carilah jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya. Berbincanglah dengan cara yang baik dan positif. Pandang masa depan anak-anak atau generasi yang kebanyakannya masih muda-belia belaka ini.

Masalah budaya samseng dijalan raya, mat rempit, harga barangan naik dan segala macam persepsi masyarakat tentang kerosakan akhlak remaja kita hendakalah dibenteras dan dipantau demi kesejahteraan generasi ini.

Janganlah perasaan kebimbangan menghalang untuk sama bermuafakat mentadbir negara dengan cara yang bijaksana dan berhikmah. Dalam hal ini, jika ada isu-isu yang dibangkitkan didalam Parlimen nanti janganlah menjatuh atau mengaibkan sesama menteri kerana generasi yang muda-belia ini memerhati gelagat para perwakilan membentangkan hujah isu-isu semasa.

Mungkin disebabkan perkara inilah maka rata-rata ramai remaja yang berusia 21 tahun yang telah layak mengundi, tidak pergi mendaftarkan nama mereka. Disinilah kepincangan yang ketara dimana kebanyakan mereka ridak memikirkan kesudahan masa depan mereka. Cukup hanya makan gaji tiap bulan dalam industri swasta atau bekerja sendiri. Mereka tidak mahu memikirkan hal-hal politikus yang merapu-rapu sambil mendengar kata-kata yang kurang enak didengar didalam sidang Parlimen yang berlangsung dikaca-kaca TV.

Apabila terdapat pemikiran untuk jatuh menjatuhkan sesama ahli politik maka sudah semestinya rakyat akan menolak kerajaan yang sedia ada kerana apa yang dijanjikan tidak dapat dilaksanakan kerana masih banyak hal-hal perkara birokrasi yang tidak dapat diselesaikan.

Oleh yang demikian, marilah bersama-sama mencari peluang kerjasama membangunkan negara kita yang tercinta ini Malaysia. Hapuskan kebimbangan lihatlah masa depan yang cemerlang dan gemilang.

Saya cuma rakyat Malaysia yang mahu melihat matlamat wawasan 2020 tercapai seperti mana diimpikan oleh semua masyarakat tidak kira apa jua bangsa dan kaum.

Selamat menjalankan tugas baru bagi sesiapa yang telah dilantik memegang amanah rakyat dan jadilah contoh tauladan untuk generasi muda-belia ini.

Wassalam.

No comments:

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search