03 May 2008

JADIKAN SUMBER INSPIRASI

Salam ceria dan berbahagia selalu hendak anda semua,





Apakah sumber insprasi anda ? Kekasih anda ker, Isteri anda yang cantik ker, anak-anak anda yang comel tu ker.. atau Boss anda yang mengambil berat pekerjanya ker..?




Tapi saya disini, meletakkan gambar (image) Dr. Irfan Khairi sebagai salah satu sumber inspirasi atas daya usaha serta kesungguhan ideanya dalam banyak-banyak usahawan di Malaysia. Bukan maksud untuk mengampu atau nak 'kipas-mengipas' ..ini tak pakai lagi zaman sekarang.. Saya mengagumi dan merasa 'iri-hati' juga bagaimana seorang anak muda boleh menjana idea dengan kaedah yang mudah dan cepat bagi menjana ekonomi berasaskan saluran teknologi internet. Seharusnya kempen 1 keluarga sekurang-kurangnya memiliki 2 Komputer haruslah dijalankan sekarang memandangkan kebanyakan urusan tukaran wang boleh dilakukan melalui komputer dan internet.



Lihat sahaja apa sudah terjadi bilamana pilihan raya yang telah sudah, rata-rata pihak lawan lebih suka melakukan kempen promosi dan agenda parti mereka menerusi medium internet.



Jika hendak dikata orang akan memanipulsikan kempen pembelian komputer menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pengeluaran akaun ke dua, rasanya tidak timbul sebab jika tidak di jelaskan apakah faedah jika satu keluarga memiliki satu atau dua komputer di rumah, rasanya tidak timbul berlakunya penipuan pengeluaran wang dari KWSP mereka sebab pendedahan oleh Dr. Irfan Khairi JUTAWAN INTERNET MALAYSIA telah membuktikan teknologi maklumat boleh diguna untuk menjana pendapatan rakyat Malaysia Khususnya jika diberikan latihan dan pendedahan yang sewajarnya.



Sehingga ke hari ini usaha-usaha perlulah dilakukan dengan lebih keras lagi seperti mengadakan kelas komputer PERCUMA kepada suri-suri rumah yang sentiasa mempunyai masa yang terluang itu antaranya pihak KEMAS boleh dibekalkan komputer untuk kemudahan pembelajaran dikelas malam dsb..



Sebagai rakyat yang perihatin saya menyokong seratus peratus jika pihak kerajaan yang ada sekarang melaksanakan kembali kempen pembelian komputer 1K2K (1 keluarga 2 komputer) menerusi KWSP..

(Apa gunanya membayar ansuran bulanan hutang atau tunggakan rumah atau bank atau kredit kad atau 'along' atau 'ceti' dsb jika dalam tempoh sebulan itu tidak dapat menjana pendapatan dari sumber tanpa batasan ..(biz internet dsb.. melalui medium teknologi..)

"Kempen saya ..: marilah kita rakyat Malaysia semua bersama-sama mencipta sesuatu yang baru dan dapat menarik pelbagai pelaburan dari luar negeri menerusi sumber yang ada disekeliling anda semua.."




Sekian..

No comments:

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search