19 November 2008

Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)

Oleh: Irfan Khairi

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contohnya seperti:

  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai SCAM
    Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan).

Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui namasebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan. Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya – Tanya dan tanya lagi! (tanya itu hud-hud.. sama bang Nasir boleh ka?)

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati". Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan - SCAM yang berlaku keliling kita.Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:) ), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas.

Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

  • N – NAME
  • O - OVER PROMISE
  • S – SEARCH
  • C – CONTACT
  • A – ASK
  • M - MAKE SURE!

P/s: AWAS- salah guna nama beliau (Irfan Khairi ) dimana baru-baru ini tersebar di Internet melalui email adalah email-email yang menggunakan nama beliau sebagai "penghantar" (sender) yang mempromosikan program reseller ala-ala mencari downline. Siapa ler gamaknya tu yer..

P/ss: Moga kita semua dijauhkan dari menjadi mangsa perbuatan tipu di Internet di mana rakyat Malaysia ini adalah antara tertinggi yang sering tertipu dengan program-program skim cepat kaya di Internet. ..Ni angkara lagu Tipah tertipu ler ni, sampai ramai yg tertipu kot..? entah ler dunia..

Soalan untuk anda:

Berapa banyakkah jumlah perkataan SCAM diatas? Anda tahu? Saya pun tak tahu berapa jumlahnya.. hahaaaha ooppss tak baik ketawa besar.. masuk lalat dala mulut nanti lakss.

12 November 2008

Menangi Nescafe Kick Start Entrepreneur Edition RM 38,000

Tahun ini pihak Nescafe mengadakan pertandingan Nescafe Kick Start Entrepreneur yang menawarkan sejumlah wang ganjaran RM 38,000.00 terbuka kepada para pengiat usahawan di Malaysia.

Anda tidak mahu mengambil bahagian ker atau bimbang idea anda akan ditertawakan? Mungkin kekurangan modal atau idea kot..


Suatu pujian harus diberikan kepada pihak pengajur iaitu Nestle yang memberi peluang rakyat Malaysia menggemukakan pelbagai idea bagi menjana wang sebagai usahawan.


Sebenarnya saya tidak berapa gemar menggunakan perkataan 'Usahawan Kecil dan Sederhana' sebab ianya menampakkan suatu usaha yang 'kecil' atau 'sederhana kecil' yang menunjukkan tidak ada kemajuan sesangat.. kalau ada kemajuan sekali pun akan nampak 'kecil' sahaja dimata masyarakat kita hari ini..


Persepsi pandangan 'kecil' mahu pun 'sederhana' atau 'sederhana kecil' lebih menjuruskan suatu perasaan kurang senang dikalangan orang Melayu khususnya. Sehinggakan terbentuknya dana atau tabung untuk usahawan kecil dan sederhana.. tak gitu.?



Tapi tak apalah, kecil ker sederhana ker besar ker yang penting segala industri yang bertujuan untuk menjana pendapatan itu boleh merancakkan ekonomi negara Malaysia tercinta ini. Bila sudah bergelar usahawan berjaya dan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat kita dengan peluang-peluang pekerjaan yang terbuka itu setidak-tidaknya kuranglah peratusan pengangguran dikalangan rakyat negara kita ini kan..


Baiklah, berbalik kepada Penawaran Hadiah oleh Nescafe Kick-Start itu, siapalah agaknya yang dapat mengeluarkan idea bernas yang boleh dikongsi bersama penonton nanti yer..?


Kalau saya masuk ler pertandingan tu, saya akan memberi suatu idea yang mudah bagaimana untuk berurusniaga dengan mudah melalui internet. Di samping berniaga kita akan dapat membuat derma kepada pihak yang menyertainya.


Sebagai contoh ler:

"Pihak Nestle ada menaja beberapa rumah-rumah kebajikan atau persatuan-persatuan kebajikan diMalaysia ini yang memerlukan bantuan. Disamping kita membeli produk mereka melalui internet atau diwakil pemasaran mereka seperti Kedai-kedai online, kedai runcit biasa, atau hypermarket contohnya, 10 % daripada pembelian tersebut akan masuk terus ke tabung persatuan atau pun rumah kebajikan tersebut."



Begitu juga jika terdapat lain-lain produk seperti produk digital tentu boleh menyumbang disamping memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa perihatin kepada golongan yang kurang upaya (OKU) misalnyalahkan..


Yelah bayangkan anda yang bersifat sempurna boleh menonton rancangan dengan TV Plasma yang mahal-mahal itu, malah ada pula memiliki home teater yang canggih manggih.. mak ooii berdezupp telinga jiran sebelah kauu.. bunyi karaoke sengauuu.. Jadi tentulah boleh menderma kepada persatuan pekak ker, bisu ker kan..?


Dipendekkan kisah, semoga perserta-perserta yang berjaya menyertai pertandingan Nescafe Kick Start Entrepreneur Edition ini akan lebih matang dan berjaya menghasilkan suatu idea konsep yang mesra alam dan mesra pengguna hendaknya.

02 November 2008

Hentikanlah darpadai menyimpan Kuku Panjang!! Akibatnya..

Suatu Infomasi buat anda yang suka menyimpan kuku panjang. Maksud panjang itu ialah tersangatttlah panjangnyaa sehingga sukar mengorek lubang hidung anda sendiri.. Eee gelinya mak oooii.. tak kuasa i..

Ni hah ko baca info kat bawah ni baru terbukak pintu minda hati ko baru ko tau;

"Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Hah babi? mak datok sekandang babi?. DAh tu ko bayangkanlah pula, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang (lima jari tuu huuii ) .... Alamatnya ko imaginasilah betapa dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... Maka disarankan potonglah kuku anda yang panjang itu.. Tak kira pompuan ker lelaki tau.. "

The Truth - Anda Jangan ada pasang niat nak simpan atau membela kuku panjang, walaupun hanya 1 mm mahu pun hanya dijari kelingking korang tu. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukanlah budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.. (beristinjak tu ape?.. hehe tak kan tak tau kot..?

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada dikuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala otak mereka. Tak pun mungkin pernah makan kat warong-warong chow kit ker, kat medan selera benteng ker dan sebagainya.. periksa-periksalah tak pun perati-peratikanlah bro-bro yang masak atau menghidangkan makanan kita tu yer.. manalah taukan..

Percayalah bahawa;Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana
mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.

Insya-Allah tak kemana jodoh kamu tu..

Maklumat (info) tambahan;

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Kepada saudara dan saudari sekelian, silaah menasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara terdekat ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat
Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah s.wt.

Nabi s.a.w. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi s.a.w. senang je kita dapat kita pahala. Insya Allah.. Berkat mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Wallahualam.

01 November 2008

FORMULA 7A (by Dr. Danial bin Zainal Abidin)

Sumber daripada Laman Web: http://www.mindasuper.com/ oleh Oleh Dr Danial Zainal Abidin


1- Autentik
Ilmu adalah penting dalam Islam dan ilmu bertunjangkan dalil yang sahih lagi kuat teramat penting dalam beragama. Dalam Islam, di samping Al-Quran serta hadis-hadis yang mutawatir, riwayat-riwayat yang sahih, hasan-sahih dan hasan juga diterima sebagai dalil untuk pembinaan hukum-hakam Islam. Berhubung dengan hadis yang daif, ia tidak boleh digunakan sebagai dalil untuk menetapkan sebarang hukum agama sama ada yang berkaitan dengan perkara yang wajib, sunat, haram atau yang lain-lainnya.

Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Azkar menjelaskan, “Ulama hadis, fikah dan lain-lainnya berpendapat, digalakkan serta harus memanfaatkan hadis-hadis daif untuk menjelaskan fadilat atau kelebihan sesuatu amalan, atau untuk merangsang manusia supaya beramal atau untuk mendatangkan perasaan takut supaya manusia menjauhi kemungkaran. Walau bagaimanapun, jika sesuatu hadis dikategorikan sebagai mauduk, ia tidak boleh digunakan. Dalam aspek penetapan hukum seperti halal, haram, hukum jual beli, nikah, talak dan yang seumpamanya, hadis-hadis daif tidak boleh digunakan. Yang boleh digunakan ialah hadis-hadis bertaraf sahih dan hasan.”

2- Akidah
Akidah merupakan tunjang Islam dan ia berkaitan dengan kepercayaan. Akidah yang betul ialah yang selari iktikad Ahli Sunah Wal Jemaah. Ia adalah keyakinan yang mantap di hati disusuli dengan manifestasi melalui perkataan dan amalan di dalam kehidupan. Keyakinan di hati adalah tonggak kepada iman dan tanpanya iman seseorang dianggap tidak sah sama sekali. Nabi bersabda, “Sesungguhnya golongan Bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan umatku berpecah kepada 73 golongan, kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu. (Sahabat-sahabat) bertanya: ‘Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?’ Nabi s.a.w menjawab: Mereka yang mengikut landasan yang aku dan sahabatku bawa.” (riwayat Tirmizi)

3- Amal Salih
Kepercayaan menjadi pudar tanpa amalan. Amalan pula adalah tertolak melainkan amalan yang salih. Asas kepada amalan yang salih ialah firman Allah yang bermaksud, “Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping melakukan kebaikan baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita.” (al-Baqarah ayat 112)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata: “(Ayat ini) menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima (oleh Allah).”

4- Awlawiyat
Sebagai suatu agama yang lengkap, Islam bukan hanya menyuruh umatnya melakukan amal, ia juga menuntut umatnya menentukan keutamaan ketika beramal. Sehubungan dengan ini kaedah-kaedah fiqhul awlawiyyat atau fikah keutamaan perlu dikuasai oleh umat Islam. Profesor Dr. Yusuf Qardawi dalam bukunya Fiqhul Awlawiyyat berkata, “(Ilmu ini) dapat membantu pejuang-pejuang yang bergiat cergas dalam penyebaran dakwah. Dengannya mereka dapat membezakan antara perkara utama dan yang perlu dikemudiankan, antara yang perlu dipandang berat dan dipandang ringan dan antara yang perlu dipermudahkan dan diperteguhkan. Dengan ilmu ini, ia dapat membetulkan sikap mereka yang terlampau keras dan juga meluruskan sikap mereka yang terlampau meringankan kewajipan.”

Kejahilan berhubung fikah keutamaan akan melahirkan insan yang songsang dalam kehidupan. Mereka, sebagai contoh, akan rajin mengerjakan solat sunat dan mengabaikan solat fardu; lebih mengutamakan hafalan dari kefahaman; lebih mementingkan dunia dari agama; lebih mengutamakan kulit dari hati dan lebih mementingkan kerjaya dari keluarga. Sumber fikah keutamaan sebenarnya ialah Al-Quran dan As-Sunah

5- Akhlak
Kualiti dan kejayan tidak dapat dipisahkan dari kebersihan hati serta akhlak. Justeru Islam amat menekankan aspek kejujuran, amanah, tolong-menolong serta bermaaf-maafan dalam hidup serta kerjaya. Akhlak yang mulia adalah sebahagian daripada takwa dan tanpanya kualiti tidak akan tercapai. Dalam surah Ali-Imran ayat 133-134 Allah berfirman, “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi mereka yang bertakwa. (Iaitu) mereka yang menafkahkan hartanya di waktu senang dan susah serta mereka yang menahan perasaan marahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-orang yang membuat kebajikan.”

Berpandukan landasan ini, seseorang yang berjaya dalam sesuatu bidang dengan cara menipu, merasuah, menjiplak karya orang lain, memutar belit kebenaran, memfitnah, memonopoli serta menzalimi hak orang lain tidak boleh dianggap sebagai seorang yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya. Di sisi Allah, manusia seperti ini dianggap sebagai manusia fasiq yang keji. Justeru, hasil kerjanya tidak boleh dianggap sebagai suatu yang berkualiti kerana ia tidak disadur dengan akhlak. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Tirmizi, nabi bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling mulia akhlaknya.”

6- Amanah
Dalam surah Al-Ahzab ayat 72, Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka amat zalim lagi jahil.” Ayat ini adalah satu perumpamaan daripada Allah tentang amanah. Ia adalah suatu yang berat sehingga tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk Allah yang besar seperti langit, bumi serta gunung ganang kerana mereka menyedari jika amanah ini dikhianati azab menanti mereka. Sebaliknya manusia yang kerdil ini sanggup menerimanya. Justeru sebahagian daripada manusia mendapat azab Allah kerana mengkhianatinya. Mereka yang cuai ini ialah golongan yang zalim lagi jahil.

Insan yang berjaya ialah mereka yang beramanah. Apakah yang dimaksudkan dengan amanah? Mengikut Imam Qatadah, “Amanah ialah Islam, ibadah yang fardu dan batas-batas agama.” Imam Al-Alusi pula berkata, “Amanah ialah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan atau kepercayaan.”

7- Asah
Asah bermaksud mengasah dan menajamkan kemahiran agar setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Allah menceritakan tentang Zulkarnain yang mempunyai kemahiran berkomunikasi sehingga memahami maksud percakapan satu golongan yang hdup di kawasan yang terpencil. Beliau berkemahiran untuk kemudiannya membantu mereka daripada kemungkaran Yakjuj dan Makjuj.

Allah berfirman, “Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia mendapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu bolehkah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? Dia menjawab: “(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan bagiku lebih baik (dari bayaran kamu) ; oleh itu bantulah daku dengan tenaga agar aku bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

(Berkata Zulqarnain) : ‘Berilah aku potongan-potongan besi’. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain: ‘Tiuplah (api itu).’ Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berikan aku tembaga yang mendidih agar ku tuangkannya ke atas besi panas itu’. Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya.” (al-Kahfi ayat 93-97


Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah.
Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search