Sejahtera dan Salam bahagia hendaknya.
Sekian lamanya saya tidak meng'update' laman blog ini diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun semangat untuk menulis masih menebal dihati ini. Tujuan penulisan ini bukan untuk mencipta nama atau untuk membuang umur anda atau saya. Ianya sekadar untuk meluahkan segala rasa hati dan pandangan terhadap isu-isu yang selalu diperbincangkan oleh segelintir masyarakat kita hari ini.
Saya amat tertarik sekali membincangkan perihal 'Minda' kita sejak akhir-akhir ini. Walaupun bukan didalam laman blog ini tetapi disamping teman tersayang ("bini saya ler tu..hehehe.." ) serta rakan taulan ditempat kerja.
Sebenarnya masih terlalu luas sekali untuk diperkatakan tentang Minda kita. Kalau ditanya orang, alam yang mana yang paling luas sekali? Mungkin sesetengah dari kita mengatakan alam carkawala nun di sana tu yang paling luas menurut mereka. Tepati sebenarnya 'Minda' kitalah yang mempunyai keluasan yang 'infiniti' menurut pakar-pakar saintis.
Didalam Minda kita boleh mencipta pelbagai jenis gambaran yang boleh direalisasikan jika seseorang itu mahu dan dengan keinginan yang kuat seseorang itu boleh dilaksanakan dengan jayanya.
Sedari dahulu lagi manusia telah mencipta pelbagai jenis ciptaan untuk menyelesaikan segala macam permasalahan yang dihadapi sepanjang era awal ketamadunan manusia.
Jika burung boleh terbang tinggi dengan hebatnya, tidak mustahil manusia boleh juga ikut terbang sama dan lebih tinggi lagi sehingga sampai ke angkasa raya. Bahkan lautan yang luas juga turut diselamai dengan pelbagai ciptaan Kapal selam yang besar dan sangat tinggi kuasa pergerakannya didalam lautan itu.
Apa lagi perkara yang mustahil pada anggapan manusia ketika itu yang tidak terfikir boleh dilakukan..? Kesemuanya bermula dengan Minda manusia untuk merealisasikan perkara-perkara yang digambarkan mereka dan dengan semangat yang tinggi (ijitihad) mereka boleh mencipta sejarah untuk dikenang dan diguna pakai oleh generasi yang akan datang.
Cuma ada sesetengah dari mereka kadang-kadang menyalah-gunakan Minda yang dianugerah oleh Tuhan yang Maha Esa ke arah jalan kerosakan alam semesta ini. Seperti penciptaan Bom Atom yang memusanahkan Bandaraya Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada masa dahulu. Ini merupakan detik-detik hitam sejarah ketamadunan manusia yang telah menyebabkan berjuta-juta nyawa hilang serta mengalami kerosakan genatik.
Semoga ditahun ini (2008) kita akan lebih memelihara Minda kita supaya ianya menjadi lebih harmoni serta dapat membina lebih kekuatan dalaman dari serangan Minda-minda yang merosakan itu (yakni kejahilan yang melampaui batas..).
Salam kemaafan dari saya serta selamat mengundi dengan memilih calon yang dapat yang membangunkan "Minda yang Positif dan Akhlak yang suci"..
Sekian. terima kasih buat kali ini dari saya.
29 February 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn
Popular Posts
-
Ini Kitab " Syarah Usul Al-Tahqiq " Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-Ula...
-
When we first read the following story, we had just begun teaching a course called " The Million Dollar Forum," a course designed...
-
Letter from Makkah Malcolm X April, 1964 (note - This letter is from when Malcolm was performing the hajj, which had a profound effect on hi...
-
The big question is whether you are going to be able to say a hearty yes to your adventure. (Joseph Campbell) No one epitomizes the fact tha...
-
From : EURO MILLION LOTTERY BOARD shawnjacko@ca.rr.com reply- : smithstanfordofficer@yahoo.co.uk date ...
-
UK ONLINE LOTTERY INTERNATIONAL P O Box 1010 Liverpool, L70 1NL UNITED KINGDOM (Customer Services) ONLINE NOTIFICATION This is to inform you...
-
"THE ART OF GETTING ALONG" Sooner or later a man, if he is wise, discovers that life is a mixture of good days and bad, victory an...
-
PENGENALAN Kadangkala wang kertas boleh bertukar rupa menjadi lusuh, cacat atau rosak sehingga menimbulkan masalah pula tentang apa yang...
-
..sambungan.. part 1 Kitab Usul At-Tahqiq Fardhu Syahadah terbahagi kepada 2 perkara : Melafazkan Dua Kalimah Syahadah itu dengan lid...
-
..sambungan dari Kitab Usul At-Tahqiq ..sambungan.. part 2 Kitab Usul At-Tahqiq. Dan lagi firman-Nya : Ertinya: " Maka hendakla...
Custom Search