31 August 2007

..sambungan.. part 3 Kitab Usul At-Tahqiq

..sambungan dari Kitab Usul At-Tahqiq ..sambungan.. part 2 Kitab Usul At-Tahqiq.


Dan lagi firman-Nya :
Ertinya: " Maka hendaklah dibicarakan oleh manusia itu daripada apa ia dijadikan itu; iaitu ia dijadikan daripada air yang terpancar keluar daripada 
antara sulbi bapanya dan antara tara'ib ibunya".
Bukannya keluar itu daripada sulbi dan tara'ib yang (tanyir) ia keduanya itu iaitu Qudrat Allah Ta'ala dan Iradat juga kerana keduanya didalam perintah Qudart dan Iradat Allah Ta'ala.

Maka adalah Qudrat Allah itu suatu SifatNya yang 'Maudud' dengan dia mengadakan mumkin; daripada tidak ada kepada adanya dan daripada adanya kepada tidak ada.

Dan Iradat Allah itu suatu SifatNya yang maudud dengan dia menentukan mumkin dengan setengah barang yang harus atau mumkin itu. Bukan semuanya yang harus itu ditentukan oleh Iradat itu seperti gerak dan diam; ada dengan tiada; panjang dengan pendek; besar dengan kecil; tebal dengan nipis; atas dengan bawah; kiri dengan kanan; hadapan dengan belakang dan lainnya.

Maka semuanya itu harus balik bagi 'semumkin' ini tetapi mustahil boleh berhimpun dua yang berlawanan kepada 'semumkin' ini kerana yang ditentukan oleh Iradat Allah itu suatu daripada keduanya bukan keduanya.

Demikian juga Firman Allah :
Ertinya: "Maka tidakkah dilihat oleh kamu yakni tidakkah kamu lihat dan kamu bicarakan akan air mani yang kamu tempuhkan ke dalam rahim perempuan itu, 
kamukah menjadikan akan dia itu atau 
Kamikah yang menjadikan anak itu ?"

Dan Firman-Nya :
Ertinya: "Maka tiadakah kamu lihat akan benih yang kamu tanam itu, adakah kamu menumbuhkan akan dia atau Kamikah menumbuhkan akan dia ?"

Dan lagi Firman-Nya :
Ertinya: " Mengapa tiada menilik, membicarakan akan mereka itu kepada unta itu betapa dijadikan Allah akan dia dan tiada ditilik mereka itu kepada segala langit yang tujuh
betapa ditinggikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu kepada gunung,
betapakah didirikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu
kepada bumi, betapakah dihamparkan akan dia.

Maka ingatkan olehmu (ya, Muhammad) hanya sesungguhnya engkau itu mengingatkan saja tiada boleh kuasa engkau itu dengan mengerasi atas mereka itu. "

Kata Syeikh Ibrahim Al-Qani didalam Kitabnya yang bernama : [        ]

Ertinya: " Tilik olehmu kepada dirimu yakni bicarakan olehmu dahulu kepada kejadian dirimu kerana dirimu itu yang terlebih hampir tempat menilik."

Perintah Allah Ta'ala darpada yan lainnya kemudian daripada sudah menilik kepada kejadian dirimu itu, maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang tinggi iaitu segala langit. Kemudian maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang indah itu.

Ertinya: "Engkau dapatlah dengan menilik sekelian itu akan perbuatan tukang yang indah-indah perbuatannya tetapi dengan dialah berdiritanda tidaknya dahulu
dan baharu adanya ini."

Ertinya: " Dan tiap-tiap barang yang harus itu baharu adanya daripada dahulu, niscaya mustahil atasnya itu sedia sekali-kali."

Kerana itulah Hadis Nabi saw:
Ertinya: " Fikirkan oleh kamu pada segala yang dijadikan Allah Ta'ala dan jangan kamu fikirkan pada diri Zat Allah Ta'ala ".
Inilah kata Imam Sanusi....

Ertinya: " Bermula perbuatan itu baharu dan ia itulah bekas menunjukkan ia atas 4 nama :-

i) Zat yang Hidup. ii) Zat yang Tahu iii) Zat yang Kuasa. iv) Zat yang Berkehendak.
Ertinya: " Dan nama itu menunjukkan ia atas segala sifat; dan iaitu Hidup - dan jikalau tiada ZatNya itu Hidup, tiadalah bersifat Yang Hidup. Jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Tahu, tiadalah bernama Zat Yang Tahu dan; Kuasa, jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Kuasa, tiadalah bernama Zat Yang Kuasa dan; Mengkehendaki, jikalau tiada ZatNya bersifat dengan Mengkehendaki niscaya tiadalah bernama Zat Yang Mengkehendaki."

Ertinya: " Dan segala sifat itu menunjukkan ia atas ZatNya kerana tiada berdiri segala sifat itu dengan sendirinya ".

Maka nyatalah dengan firman Allah Ta'ala dan Hadis Rasulullah s.a.w. kata segala ulama' yang besar-besar itu bahawasanya Allah Ta'ala itulah menjadikan alam ini.
Maka wajiblah kita ketahui akan wajib lagi nyata Ujud Zat Allah Ta'ala itu dan wajib Zat itu bersifat Qidam, ertinya Sedia adanya; Baqa' ertinya Kekal adanya Zat Allah Ta'ala; dan Mukhalafah tuhulilhawadis ertinya Menyalahi ada Zat Allah Ta'ala itu bagi segala yang baharu ini; Wahdaniah ertinya Esa Zat Allah Ta'ala itu ertinya 'Tiada menduai bagi ZatNya dan Tiada yang menduai SifatNya dan Tiada yang menduai bagi PerbuatanNya.

(Ketahui olehmu) hai segala orang yang belajar maka dengan kata kita serta 'itiqadkan Nabi Muhammad itu Persuruh Allah wajib padanya Siddiq, ertinya benar.
Terkandunglah Iman kita aka segala malaikat dan Iman kita akan segala Nabi dan Iman kita akan segala Rasul dan akan segala Kitab yang diturunkan Allah kepada setengah Rasul itu iaitu 104 Kitab dan Iman kita kepada Hari yang kemudian iaitu Hari Qiamat.

Maka terkandunglah sekelian yang tersebut itu semuanya pada kata kita: "MUHAMMAD RASULLAH", Muhammad itu Persuruh Allah Ta'ala ertinya, kerana Nabi Muhammad itu membenarkan ia akan sekelian itu.

Maka nyatalah yang terkandung pada kata kita: 'Muhammad itu Persuruh Allah Ta'ala '.
Dan 18 Simpulan Iman kita dan ;
4 daripada yang wajib dan;
4 daripada yang mustahil lawan yang wajib itu menjadi ;
----
8 dan;
2 harus menjadi;
====
10 dan;
4 - Iman kita akan segala Malaikat dan segala Rasul dan akan segala Kitab
____ dan akan segala Hari Qiamat, menjadi;
14 dan;
4 segala lawannya menjadi;
----
18 (Lapan Belas).
====

Maka 18 ini dengan 50 dahulu pada kata; " LA ILLAHA ILLALLAH ", itu menjadi
68 Simpulan Iman kita.

Maka terkandunglah pula sekelian itu pada kata ;
" LA ILLAHA ILLALLAH , MUHAMMAD RASULULLAH "


Ertinya: "Tiada Tuhan Melainkan Allah"," Nabi Muhammad itu Persuruh Allah "

Maka tatkala sudah kita ketahui dan faham kita akan sekelian itu maka sempurnalah, sahlah kita kata ;
"Asy-hadu al-La illa haillallah Wa-asy haduan-na Muhammaddar-Rasulullah"

Ertinya: "Aku ketahuilah akan bahawasanya Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar sembah, Melainkan Allah dan Aku ketahui akan bahawasanya Nabi Muhammad Rasulullah itu Persuruh Allah."

Dan jikalau belum kita ketahui maknanya sekeliannya itu adalah perkataan kita itu berdusta juga adanya belum lagi ada pada kita Ma'rifat, ertinya 'Mengenal '. Maksiat lagi taklid juga, ertinya mengikut-ikut kata orang jua. Seperti Sabda Nabi s.a.w :

Ertinya: " Apabila kamu ketahuilah terang seperti matahari nyatanya, maka naik saksilah kamu."

Yakni tiada lagi syak dan tiada zan dan tiada waham, semata-mata yakinlah kamu. Maka daripada Nabi diambil qias oleh segala Ahli Sufi r.a pada bicara Zikirullah itu hendaklah dilihat nyata cahayanya terang didalam hati seperti cahaya matahari atau cahya bulan atau seperti emas atau seperti perak yang baru tiada karatan lagi; yakni tiada syak dan tiada zan dan tiada waham ertinya tiada {kuras}dan sangka lagi didalam hati.
Nyata tersurat didalam hati itu yakni tetap teguhlah yakinnya dan pengenalannya akan imannya pada " La illaha illallah, Muhammad Rasulullah " itu yakni tasdiqnya akan dia didalam hatinya teguhlah dan tetaplah tiada berubah-ubah lagi kehendaknya itu. Telah diketahuilah serta fahamlah ia akan sekelian itu didalam hatinya.
Bukannya ada tersurat, yang tersuratnya didalam hatinya daging sekepal yang bernama jantung itu ada Kalimat Allah atau Muhammad didalam jantung ia seperti ambilan orang salah.
** WALLAHHU ALAM **


RUJUKAN : DARIPADA KITAB USUL AT TAHQIQ (Tulisan Jawi)

No comments:

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search