27 August 2007

Kitab Usul At-Tahqiq part 1

Ini Kitab " Syarah Usul Al-Tahqiq " Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-Ulama' as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah dikhabarkan hamba oleh "Ba'dha saqata" bahawa yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani.

"Bismillah hirrahmanirrahim"

Dengan tolong Allah Ta'ala ku mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin dan Manusia, Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat mengasihi akan segala hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri akhirat kemudian.

" Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Ta'ala, Tuhan seru oleh sekelian alam "
" Dan kebajikan akhirat itu tertentu bagi segala orang yang takut mereka itu akan Allah Ta'ala "
" Dan Rahmat Allah Ta'ala dan Salam Allah Ta'ala lagi tetap Ia atas Nabi Muhammad iaitu penghulu segala Rasul "
" Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang baik lagi suci mereka itu daripada salah "

Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah suatu Risalah Usul Tahqiq; ertinya Persuruhan yang melengkapi ia atas pohon Agama.

Sabda Nabi s.a.w: "Awalluddin Ma'rifatullah" Ertinya: 'Pertama-tama ugama itu "Mengenal Allah"..

Maka adalah makna 'Ma'rifat' ertinya "Mengenal" itu ;

Ertinya: "Simpulan yang putus; yakni pegangan yang teguh, yang berbetulan ia dengan yang sebenar daripada dalil."
Maka adalah dalil itu 2 perkara:-

Pertama-dalil Naqli namanya iaitu firman Allah Ta'ala dan Hadis Rasulullah.
Kedua -dalil 'Aqli namanya iaitu menyatakan ia akan keadaan Allah Ta'ala itu.

'Itiqad atau Pegangan Yang Salah :
  1. Jikalau ada seseorang 'itiqadnya putus tetapi tiada berbetulan ia yang benar, maka BUKAN ia bernama 'Ma'rifat' ,maka adalah namanya itu seperti itiqad Falsafah; - yang mengatakan alam ini Qadim (Sedia atau jadi dengan sendirinya).
  2. 'Itiqad Qadariah - Qudrat hamba yang baharu ini boleh memberi bekas.

  3. 'Itiqad Nasrani - Mengatakan Nabi Allah Isa a.s itu anak Allah Ta'ala. Dan berbagai-bagai lagi 'itiqad yang tiada berbetulan bagi yang benar.

  4. Jikalau ada seseorang itu 'itiqadnya putus lagi berbetulan bagi yang benar tetapi TIADA padanya dalil Naqli dan dalil Aqli (akal) maka BUKAN ia dikatakan 'Ma'rifat' , sebaliknya itu 'Taklid' namanya, ertinya mengikut-ikut perkataan orang sahaja.
    'Itiqad Yang Benar :

    Yang dikatakan 'Ma'rifat' ialah seseorang itu 'itiqadnya putus berbetulan yang benar dan ADA padanya 2 dalil iaitu Firman Allah Ta'ala (Al-Quran) dan Hadis Rasulullah saw.

    Asal makna 'MAKRIFAT' itu - ialah "Membezakan antara yang Qadim dengan Muhadas"

    Yang Qadim itu :- Zat Allah Ta'ala, Sifat-sifatNya, Efeil-Nya (Perbuatan) dan Asma' (Sempurna Nama atau Kata-kata Allah Ta'ala), yang terkandung pada Kalimah Syahadah Tauhid yakni Kalimah pengakuan mengEsakan Allah Ta'ala iaitu :

    " AS HADU AL LAA ILAHA ILLALLAH "
Ertinya: " Aku ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan Melainkan Allah; itulah Tuhan "

Rukun Syahadah itu terbahagi kepada 4 perkara :

1. Mengisbatkan ada Zat Allah Ta'ala.

2. Mengisbatkan ada Sifat (Kelakuan) Allah Ta'ala.

3. Mengisbatkan ada Efeil (Perbuatan) Allah Ta'ala iaitu mengadakan segala "Mumkin" (alam dunia) atau tidak mengadakan segala "Mumkinat" itu.

4. Mengisbatkan ada Asma' Allah - (Sempurna Nama atau Kata-kata bagi Zat) iaitu segala 25 para Rasul itu dari Nabi Allah Adam hingga Nabi Muhammad saw. adalah "Kata-kata" bagi Zat Allah Ta'ala.

- membenarkan segala Perkataan, Perbuatan, Kelakuan dan segala diamnya tiada menyalahi akan Rasul Allah.

...bersambung ke part 2 Kitab Usul At Tahqiq

3 comments:

Unknown said...

akan bersambung lagi Insya Allah..

Unknown said...

Subahanallah

Unknown said...

Subahanallah

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search