28 April 2008

Salam bersua kembali dilaman blog ini..

Salam bersua kembali buat anda semua..

Telah sekian lama saya tidak meng'update'kan laman blog ini.
Pelbagai perkara telah berlaku sepanjang saya tidak menulis dilaman blog ini. Antaranya pemergian ayahanda yang dikasihi pada tanggal 14hb April 2008 yang lalu pada pukul 21:45 pm kerana sakit tua. Rasa kesal juga kerana tidak dapat berbuat banyak jasa kepadanya sepanjang hayatnya masih hidup. Namun begitu saya masih dapat mengembirakan hatinya bila kehadiran saya disisinya tatkala anak-anaknya yang lain seperti tidak begitu mesra dengannya.

Alhamdulilah saya merasa sungguh bersyukur kehadrat illahi kerana jenazahnya telah selamat dikebumikan ditanah Perkuburan Islam Jalan Karak berhampiran Taman Samudera, Batu Cave disana.

Kepada yang mempunyai ayah tu selalulah menghubungi mereka bertanyakan khabar berita dan doa'-doakanlah untuk mereka semoga sentiasa sihat wal-afiat dan gembira selalu hendaknya.

Sebenarnya banyak yang hendak diperkatakan disini namun oleh kerana kesuntukan masa dengan tugasan saya 'makan gaji' saya sudahi dengan harapan anda semua sentiasa berada didalam kerahmatan Allah s.w.t .

Kepada linncomel, segala maklumat dihantar ke alamat email google saya tu amatlah saya hargai dan kepada saudara shuqery melalui blog iMotivasi saya benar-benar mengagumi segala usaha anda untuk menjadi seorang blogger yang terkenal dimata masyarakat. Moga-moga usaha anda itu akan dapat mengubah persepsi minda masyarakat moden kini supaya lebih berdaya maju diluar mahupun didalam diri mereka dan anda semua.

Sekian dahulu buat kali ini.
Jumpa lagi.

No comments:

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search