21 December 2010

Rahsia Lubuk Buat Duit dilaman Mudah.my dibongkar!

Realiti kehidupan masa kini memerlukan duit untuk menyara kos perbelanjaan harian. Ungkapan seperti “Ada Wang Semua Jadi!” sudah menjadi perkara yang biasa kita dengar hari ini. Namun, apa yang menjadi masaalah sekarang, macam mana nak dapatkan duit dengan cara yang ‘Mudah’, ‘Bersih’ dan ‘Halal’ tu ya?

Nah disinilah saya nak cerita serba sedikit langkah dan cara-cara yang paling mudah untuk anda semua mengambil tindakan.

Tahukah anda semenjak duamenjak negara kita dilanda dengan masalah ekonomi yang tidak menentu, orang ramai dah mulai berlumba-lumba mencari peluang untuk menambah pendapatan. Salah satu peluang menambah pendapatan dan mendapat tempat serta menjadi pilihan utama adalah perniagaan. Tak kiralah sama ada perniagaan offline atau online.

Berita baiknya yang nak diceritakan disini ialah kita ni bukan setakat bernasib baik malah beruntung ‘sesangat’ kerana kita berada di zaman ‘ledakan’ boom teknologi maklumat terkini yang semakin pesat berkembang dan akan mengalami perubahan yang ketara dimasa akan datang.. insya alllah.. (semoga dilanjutkan usia semua hendaknya.. ye.)

Dengan adanya kemudahan komunikasi yang pelbagai seperti broadband, streamyx, wifi, 3G, 4G, Unifi dan lain-lainnya, masyarakat kita kini mula menjadikan internet sebagai satu medium untuk menambah pendapatan mereka sama harian mahupun bulanan, malahan setiap jam dan saat mereka mampu menjana wang walaupun mereka sedang bekerja makan gaji amnya, dan tidak ketinggalan suri rumah tangga turut mendapat manafaat membantu meringankan beban suami disamping menambahkan pendapatan keluarga.

Walaupun nampak macam ada perkembangan yang positif dan selaras dengan pendedahan tentang peluang-peluang buat duit di internet oleh beberapa individu atau mana-mana pertubuhan, terdapat juga masyarakat kita khususnya yang masih percaya dan lebih suka pula menyertai program-program buat duit yang menipu.. sedangkan cara yang sebenar buat duit di internet telah dilakukan.

Jika hendak disenaraikan antara program-program buat duit yang menipu diinternet terlalu banyak diluar sana yang berkonsepkan skim cepat kaya, skim ponzi, skim piramid, program HYIP, program reseller, dan banyak lagi.

Sebenarnya kes-kes penipuan yang sering berlaku di internet sedikit sebanyak adalah berpunca daripada sikap masyarakat kita sendiri. Sikap yang saya maksudkan adalah sikap ingin mendapat wang dengan cepat dan mahu menjadi kaya.. (harus diingat juga bahawa tak salah ingin mendapat wang dengan cepat tetapi mestilah dengan cara yang betul dan beretika.. ingin tahu! Sila teruskan pembacaan anda seterusnya..)

Kita tidak boleh nak salahkan sesiapa tetapi hakikatnya inilah orang kita atau sesiapa sahaja yang mempunyai sikap seperti yang dinyatakan diatas tadi, begitu mudah disogok dengan pelbagai kata-kata janji manis dan pulangan wang yang lumayan, ya, tanpa berfikir panjang, mereka terus mengambil peluang yang dianggap boleh mendatangkan hasil itu. Padahal, hasil yang bakal diterima adalah sebaliknya. Kemudian, selepas sedar mereka telah ditipu barulah nak menyesal. Kesian.. ( sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..?.. ada gunanya tu iaitu jadikan sebagai pengajaran buat diri sendiri dan orang lain juga.. be positive ok..!)

Dalam hal penipuan ini, untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan program buat duit yang menipu, anda seharusnya mengamalkan sikap berhati-hati sebelum menyertai mana-mana program buat duit. Langkah terbaik sebelum terjebak dan mengalami kerugian adalah anda perlu membuat kajian terhadap program berkenaan dengan menggunakan google atau bertanya kepada rakan-rakan usahawan internet yang lain.

Baik.. Jika anda bertanya kepada saya, apakah peluang buat duit di internet yang selamat dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapapun? Jawapan saya adalah peluang buat duit di laman Mudah.my. Mengapa saya berikan jawapan itu dan bukannya buat duit dengan ebook, affiliate dan lain-lain?

Ini kerana, dengan buat duit di Mudah.my, anda boleh mula serta merta dan terus buat duit. Jika hendak dibandingkan dengan cara lain, anda memang boleh buat duit juga tetapi tidak secepat seperti buat duit di Mudah.my.

Untuk mempelajari dengan lebih lanjut berkenaan cara buat duit di laman Mudah.my, sahabat usahawan saya iaitu saudara Hafizi Zain dan Ejat Perindu telah mengeluarkan sebuah ebook terbaru mereka yang bertajuk Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my.
Dalam ebook tersebut, mereka berdua telah membongkarkan secara terperinci bagaimana caranya untuk buat duit di laman Mudah.my. Antara perkara-perkara rahsia yang dikongsikan adalah teknik tersembunyi buat duit di Mudah.my, teknik beriklan di Mudah.my cara hebat, teknik mendapatkan jualan sehingga hasilnya boleh mencecah lima angka dan banyak lagi.

Oleh itu, tanpa membuang masa anda lagi yang sememangnya sangat berminat untuk buat duit di internet, saya menjemput anda untuk berkunjung ke laman web ebook tersebut di [http://bit.ly/mudah2]. (disebabkan alamat urlnya panjang so, saya pendekkannya)

Sebaik sahaja anda masuk ke sana, pastikan anda baca terlebih dahulu penerangan yang terdapat di sana. Kemudian, anda jangan berlengah-lengah pula, terus dapatkan ebook Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my di sana ya. Ebook tersebut hanya buat anda yang serius untuk tambah pendapatan di internet sahaja.

Semoga anda berjaya buat duit!

1 comment:

Matjoe said...

mana ebook syirik

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search