24 August 2007

Blog+Cerita=Duit ? Ohh Tak tercapai akalku..

Al-hamdulillah, (segala pujian bagi Allah Ta'ala) tercipta akhirnya laman blog saya nie buat pertama kalinya (kalau orang lain boleh buat mengapa pula kita tidak mencuba ye tak..) Asyik tengok blog orang lain aje nak juga cuba-cuba membuatnya sendiri.

Detik bersejarah 11 Syaaban 1428 (bersamaan 24 Ogos 2007/hari Jumaat) saat ini saya sebenarnya banyak hendak dituliskan disini. Hata semasa dalam proses hendak membuat blog nie pun jenuh juga hendak namakan blog nie. Namun apa pun al-hamdulillah siap juga akhirnya.

Pertama-tama saya nak betulkan dulu niat saya sebenar mengapa nak buat laman blog nie.. Bukanlah untuk mengikut-ikut seperti orang lain buat.. ada yang nak cari duit, nak buat duit (eh sama ler bahasanya..) tapi saya hendak kongsi ilmu sesama kita.. (kalau ada yang nak kongsi buat duit pun tak mengapa, saya pun nak juga hee..hee saya pun manusia biasakan..?)

Ilmu dunia akhirat perlulah seimbang. Ungkapan yang biasa kita dengarkan tapi kalau sekadar tinggal ungkapan buat apa yer tak.. Sebenarnya sebelum saya memilih untuk mencipta laman blog nie, saya telah membeli sebuah buku hasil tulisan Rosli Jamal, hee hee baru aje habis baca hari ni terus saya 'create' blog nie.. baru ler faham macam mana nak buat laman blog nie..

(..bini saya sendiri pun tak tahu saya dah buat laman blog nie.. kat kampung dia tu ada la sedara mara yg menubuhkan persatuan 'BUDIWIRA' masa perhimpunan tahun dulu..tak ingat dah, nilah saya nak buat link kalau ada sesiapa sedara mara dia kat Perak tu yang tahu pasal BUDIWIRA nie.. keluarga kami sebelah 'Alang Ketak' kot-kot ada sesiapa yg berkenaan tu tahu bolehlah link kat sini yer.. saya ni orang luar aje (menantu maknya..)

Berbalik pada cerita buku
Klik Untuk Kaya 8 Rahsia Jutawan Siber by Rosli Jamal memang ada benarnya jika kita bertindak dengan panduan yang diberikan didalam buku tersebut. Banyak tips-tips yang berguna kalau kita faham betul-betul buku tu.. (Ehmm nie bukan nak promo buku tu ye.. tapi sebab saya dah belinya kat MPH, apa salahnya yer tak..?)

Saya cadang nak kumpulkan salahsilah ahli keluarga sebenarnya, tapi nantilah saya kena fahamkan betul-betul laman blog nie. Insya allah jika dilanjut usia ni..

Bercakap tentang ilmu dunia itulah salah satu daripada cara-cara bagaimana untuk memperbaiki kehidupan dunia bagi tujuan akhirat. Alatan sudah didepan mata cuma langkah kita mencuba saja. Tak rugi kalau tak cuba..

Klik Untuk Kaya 8 Rahsia Jutawan Siber nie jika diamati boleh dimanafaatkan oleh semua orang. Apa taknya semakin ramai orang kaya raya kuranglah jurang kemiskinan di Malaysia. Manusia lazimnya akan merasa irihati jika seseorang itu tiba-tiba menjadi kaya raya sebab tak sampai setahun tup-tup 2, 3 bulan tengok dalam akaun bank mak datuk mana dapat duit nie hah.. rezeki-rezeki pemberian Allah..Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut seorang muslim kan..?

Banyak lagi rujukan buku-buku yang boleh kita perolehi kalau kita rajin pergi ker kedai buku tentang bagaimana menjana pendapatan.

Walau bagaimanapun hendaklah kita sentiasa beringatlah bila kita sudah kaya raya bergelar jutawan, 'tawan'lah hati anda semua untuk sentiasa bersyukur kerana ibarat Roda, hari ini kita di 'atas' esok lusa kita di'bawah' pula.. Jangan terlalu tamak, bersedekah dan berkongsi rezeki yang dianugerah Allah. Kalau ada yang hendak bina Sekolah Agama Rakyat ker contohlah kan.. segera dapatkan alamat persatuan tersebut.. Periksa dulu kesahiah surat minta derma kalau boleh lah.. esok lusa barulah berikan cek ker cash ker..dsb.

Maaflah kalau melalut ni.. bukannya apa terlalu 'excited' sangat nie..

Akhir kalam,
Assalamualaikum..
Selamat sejahtera semuanya...

No comments:

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search