25 August 2007

Pening Kepala..

Aduh.. pening lak kepala saya hari ni. Apa taknya, bila saya melawat laman blogger yang lain macam-macam perkara ilmu pengetahuan yang ada. Info atau maklumat yang terdapat kat laman masing-masing tu bukan calang-calang lagi. Tips dan panduan untuk meraih pendapatan tambahan sering terdapat dilink-link mereka..

Saya, hari ini juga telah membeli dua buah buku di kedai MPH berdekatan. Satu buku bertajuk"Menjadi PENULIS JUTAWAN" OLEH Azizi Ali Penulis kewangan #1 Malaysia. Harga RM 29.90 dan satu buku lagi bertajuk "Fotografi Digital Cara Mudah" oleh Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail... Harganya juga RM 29.90 .. tapi saya masih belum baca lagi ni.. Sekarang ni tengah kerja mana boleh nak 'konsentread'.. (eh betul ker ejaan saya tu..?..maaf ler kalau tak betul..)

Apa-apa pun saya mesti nak baca juga, sebab esok Ahad saya tak kerja..he hee.

Saya dapat bayangkan kalaulah saya nie yang kategori 'baru nak tercelik IT' ni terkial-kial nak belajar buka blog ni lepas tu nak lawat blog orang lain pula terhegeh-hegeh nak klik kat mana pulak tu. Dah tu bahasa yang digunakan kebanyakkannya dalam bahasa 'Inggeris' daa.. mana saya tak pening kepala. (..tapi tak apalah kan kita rakyat Malaysia Boleh kan boleh belajar apa-apa saja bahasa kat Malaysia nie kan..) Jadi saya perlukan seorang "Guru Panduan" nie seloknya. yer tak..?

Bayangkan orang yang nak solat pun perlulah belajar dari seorang ustaz ker ustazah kan..? Kalau belajar dari buku atau dari CD-ROM/VCD siapalak nak tegur kita kalau tersalah sebutan bacaannya dsb.

Apa-apa pun kemudianlah saya carikan guru tu nanti..

Ni kena selesaikan tugas kat tempat kerja ni.. nanti kelang-kabut lak masa nak balik karang.

Wasalam..

No comments:

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search