02 September 2007

Kitab Siirus As-Salikin

AL-BABBUL AWALLU FILL'ITIQAD
( Bermula bab yang Pertama pada menyatakan 'itiqad. )
(Ketahui) olehmu bahawasanya wajib atas tiap-tiap orang yang akhil baligh itu mengetahui ia akan Zat Allah Ta'ala dan segala Sifat-Nya dan segala Efe'il-Nya.
(Bermula) keadaan Zat Allah Ta'ala itu bahawasanya wajib kita 'itiqadkan akan keadaan Allah Ta'ala itu ; iaitu Zat yang wajibul-ujud yang mustahak bagi segala Sifat Kemalat dan Maha Suci Ia dari segala Kekurangan.
(Bermula) Sifat Allah Ta'ala itu iaitu terbahagi kepada 4 bahagian :
Pertama Sifat Salbiah namanya : iaitu wajib kita 'itiqadkan bahawa Allah Ta'ala itu ;
" Yang Esa; Tiada menyekutui bagi-Nya "
" Yang Tunggal; Tiada yang mengumpamai bagi-Nya "
" Yang dikehendaki oleh segala hambaNya; Tiada bagi-Nya lawan "

" Yang bersendiri; Tiada yang membandingi bagi-Nya "
" Bahawasanya Allah Ta'ala Sedia; Tiada yang mendahului bagi-Nya "
" Yang Terdahulu; Tiada bagi-Nya Permulaan "
" Yang Kekal Ujud-Nya; Tiada bagi-Nya Akhir "
" Yang Kekal selama-lamanya; Tiada bagi-Nya Kesudahan "
" Yang berdiri dengan sendirinya; Tiada membantu bagi-Nya "
" Yang Ada selama-lamanya yang Kekal; Tiada yang memutuskan bagi-Nya "
" Selama-lamanya dan sentiasa Ia bersifat dengan segala Sifat Kebesaran dan Sifat Ketinggian "
" Tiada yang menyudahi atasNya dengan kesudahan dengan sebab putus segala zaman dan dengan bermasa segala masa "
" Tetapi adalah Ia itu pada Permulaan dan Kesudahan dan Zahir dan Batin dan iaitu yang terlebih mengetahui dengan sesuatu "
(Dan bahagian kedua)
Sifat Tunziah namanya iaitu ; Wajib kita 'itiqadkan bahawasanya Allah Ta'ala itu;
" Bukannya berjisim yang dapat dirupakan "

" Dan bukannya Jauhar yang dapat dihadkan dan yang dapat dikira-kirakan "
" Wajib kita 'itiqadkan bahawasanya Allah Ta'ala itu tiada menyamai Ia akan segala Jisim yang baharu, tiada menyamai Ia pada takdir dan tiada menyamai Ia pada menerima bahagi "
" Dan wajib kita 'itiqadkan bahawasanya Allah Ta'ala itu bukannya Jauhar dan tiada mengambil tempat akan Dia oleh segala Jauhar "
" Bukannya Ia 'Aradh dan tiada mengambil akan Dia oleh segala 'Aradh "
" Dan tetap lagi tiada menyamai Ia akan keadaan segala yang baharu dan tiada menyamai keadaan yang baharu ini akan Dia "
" Tiada mengumpamai akan Allah Ta'ala oleh sesuatu dan tiada mengumpamai Ia akan sesuatu daripada segala yang baharu "
" Dan wajib kita 'itiqadkan bahawasanya Allah T'ala itu tiada boleh dihadkan akan Dia oleh kira-kira dan tiada meliputi oleh segala benua "
" Tiada dapat mengelilingi dengan Dia itu oleh segala pihak "
- Yakni tiada ada ketentuan Allah Ta'ala itu didalam pihak kanankah atau pihak hadapankah atau pada pihak belakangkah atau pada pihak ataskah atau pada pihak bawahkah kerana segala pihak itu melazimkan jisim itu dan jisim itu melazimkan baharu.
(Bermula) Allah Ta'ala itu Maha Suci Ia daripada pihak dan Maha Suci daripada jisim dan Maha Suci daripada tempat dan Maha Suci daripada baharu. Dan hanyasanya Allah Ta'ala itu Qadim yang menjadikan sekelian yang baharu ini lagi kekal.
" Dan tiada meliputi akan Dia oleh segala bumi dan segala langit "
" Dan wajib kita 'itiqadkan bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai Perintah dan mempunyai Kerajaan atas 'Arasy atas jalan yang mengata Ia akan Dia dan dengan makna yang menghendaki Ia akan Dia akan segala perintah yang Maha Suci daripada bersentuh dengan 'Arasy dan Maha Suci Ia daripada tetap Ia daripada tetap atas 'Arasy, Maha Suci daripada mengambil tempat padanya dan Maha Suci daripada berpihak kepadaNya. "
" Tiada menanggung akan Dia itu oleh 'Arasy tetapi adalah 'Arasy dan segala malaikat yang menanggung akan 'Arasy itu ditanggung dengan Lothfie-Qudrah Allah Ta'ala dan yang dikekali segala mereka itu akan menanggung akan 'Arasy itu didalam kuasa Allah Ta'ala dan didalam perintahNya. "
" Dan adalah Allah Ta'ala itu mempunyai Kerajaan diatas langit dan 'Arasy dan diatas tiap-tiap sesuatu hingga ke bawah tujuh petala bumi iaitu memerintah diatas sekelian sesuatu tiada bertambah hampirnya kepada 'Arasy dan tiada bertambah hampirnya kepada langit tetapi adalah Allah Ta'ala itu amat tinggi DerjatNya itu daripada 'Arasy seperti bahawasanya adalah Iaitu yang amat Tinggi DerjatNya itu daripada yang dibawah tujuh petala bumi yakni makna ATAS itu iaitu Ketinggian DerjatNya dan atas Kebesaran perintahNya jua kerana Maha Suci Allah Ta'ala itu daripada pihak kerana segala pihak itu Sifat yang baharu."

( Terjemahan dari Jawi ke Rumi daripada Kitab Usul-Salikin )

No comments:

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search