23 October 2007

Peringatan: Semasa Mengisi Petrol

Rasanya ramai dah mengetahui masalah ini, untuk refresh purpose.

Syarikat Minyak baru-baru ini telah mengeluarkan amaran selepas berlaku tiga kemalangan yang melibatkan percikan api daripada telefon bimbit semasa mengisi minyak petrol.

Kes pertama, talipon bimbit di letakkan betul-betul dekat lubang tangki minyak semasa mengisi minyak, apabila panggilan masuk berbunyi, api menyambar dan memusnahkan kereta dan pam minyak.

Kes kedua, seorang pengguna petrol parah melecur di muka bila api menyambar muka beliau ketika menjawab panggilan talipon bimbit semasa mengisi minyak.

Dan kes yang ketiga, seorang pengguna petrol parah melecur di bahagian peha dan alat sulit apabila api menyambar ketika talipon bimbit berbunyi di dalam poket depan seluarnya semasa beliau sedang mengisi minyak.

Anda perlu mengetahui bahawa:

Telefon bimbit boleh memulakan percikan atau nyalaan api. Talipon bimbit yang di hidupkan daripada mod OFF atau menerima panggilan mampu menyediakan tenaga yang mencukupi untuk memulakan percikan dan seterusnya penyalaan api.

Telefon bimbit di larang digunakan semasa mengisi petrol, di stesen petrol dan tempat-tempat yang menunjukkan tegahan penggunaanya.

Telefon bimbit di larang digunakan atau mesti di OFF sekiranya berada di kawasan bahan-bahan mudah terbakar atau mudah meletup atau di tempat terdapatnya tegahan pengunaan talipon bimbit.

Kesimpulan yg boleh di buat ;

Empat Langkah Pengisian Petrol yang paling selamat:

  1. Matikan enjin kenderaan
  2. Jangan merokok ( curut, paip dan sebagainya)
  3. Jangan gunakan talipon bimbit - tinggal di dalam kenderaan atau OFF
  4. Jangan masuk semula ke dalam kenderaan ketika mengisi petrol.

Pegawai Institut Peralatan Petrolium ( PEI), Bob Renkes, berusaha dengan kempen untuk mencuba memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya daripada kesan " elektrik statik" di stesen petrol. Syarikatnya telah membuat penyelidikan terhadap 150 kes tentang masalah ini.

Keputusan penyelidikan yang beliau lakukan adalah amat memeranjatkan :

  1. Daripada 150 kes, hampir keseluruhannya adalah pengguna wanita.
  2. Hampir keseluruhan kes melibatkan individu masuk semula ke dalam kenderaan semasa mengisi petrol. Bila kembali semula ke tanki untuk meletakkan pump, api mula menyambar. Ini adalah di sebabkan kesan elektrik statik (elektro-statik)
  3. Kebanyakanya memakai kasut bertapakkan getah.
  4. Hampir keseluruhan kaum lelaki tidak akan masuk semula ke dalam kenderaan semasa mengisi petrol sehinggalah petrol selesai diisi. Sebab itulah kes yang melibatkan kaum lelaki amat kurang.
  5. Jangan menggunakan t/b semasa mengisi petrol.
  6. It is the vapors that come out of the gas that cause the fire, when connected with static charges. Petrol yg meruap itu penyebab utama kebakaran apabila bertembung dengan elektro statik.
  7. There were 29 fires where the vehicle was re-entered and the nozzle was touched during refueling from a variety of makes and models. Some resulted in extensive damage to the vehicle, to the station, and to the customer. Terdapat 29 kes yang mana elektrostatik menjadi punca apabila pengguna masuk semula ke dalam kenderaan semasa sedang mengisi petrol yg mana muncung pam bersentuhan dengan badan kenderaan. Sesetengah kes telah menyebabkan kerugian yang besar kepada pengguna dan pengusaha petrol.
  8. Manakala 17 kes dikenal pasti punca kebakaran melibatkan sebelum, semasa dan selepas penutup tangki kenderaan di buka.

    Encik Renkes menggesa semua pengguna JANGAN masuk semula ke dalam kenderaan semasa sedang mengisi petrol.

    Sekiranya anda betul-betul KECEMASAN dan perlu masuk semula kedalam kereta semasa mengisi petrol, sila pastikan ketika keluar dari kenderaan, tangan
    anda MENYENTUH BADAN KERETA YANG BERASASKAN LOGAM untuk menyah-caskan elektrostatik dari badan anda sebelum anda menyentuh pam petrol.

    Seperti mana peringatan awal, PEI, bersama-sama dgn beberapa syarikat pengeluar yang lain sedang berusaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya elektro statik.

    Anda boleh melayari lama web http://www.pei.org/

    Tolong sampaikan pesanan ini kepada SEMUA ahli keluarga yang tercinta dan
    rakan taulan, terutamanya kepada mereka yang membawa kanak² di dalam
    kenderaan. Jika berlaku, kanak² mungkin tak sempat bertindak pada ketika itu.

    Bertindak sebelum kena, tiada penyesalan akhir selepas tragedi berlaku.

No comments:

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search