28 September 2007

Tip Keselamatan Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri

Salam bahagia,

Lama sungguh tak blogging. Rindu lak rasanya. Harap saya tak jadi "Bloggerholic" .. Hiss apa istilah tu..? Apa ada ker sesiapa dah jadi "bloggerholic"..? Moga-moga bulan Ramadhan nie tak ada la yer..

Ni Puasa dah 16 Hari dah ni. Semangat Raya pun mesti ada punyakan. Nak pulang ke kampung agaknya boleh rasa selesa ker nak tinggalkan rumah.

Apa kata saya bagi satu idea bagaimana untuk mententeramkan jiwa bila sudah tiba dikampung halaman nanti.

Sebenarnya kita boleh membuat persediaan keselamatan dirumah kita. Bagaimana ya?
  1. Kalau bolehlah saya mahu supaya kawasan rumah tempat saya tinggal itu perlu ada semangat kejiranan.
    Bagaimana? Nie musim perayaan dah nak sampai. Jiran sebelah dah balik kg contohnyalah. Nak harapkan pihak polis jaga kawasan rumah kita pun tak boleh juga.
  2. Apakata setiap kawasan blok rumah kita pasangkan camera monitor' dan disambung ker PC rumah jiran masing-masing. Kalau jiran bangsa lain pun lebih elok dan bagus juga.
  3. Kalau jiran hujung sana dimasuki pencuri melalui pintu belakangnya, kita boleh berhubung dgn jiran yg lain pun supaya tel. polis bantuan sedang kita merakam dan memerhati pencuri tersebut."Bahaya pergi sorang-sorang" kan.
  4. Nak lebih bagus lagi masukkanlah sambungan ke tel bimbit kita itu chanel monitor PC kat rumah tu. Carilah dan pakatlah dengan 'jenjiran' (singkatan ni) kita tu memasang kamera kat rumah masing-masing. Boleh buat amaran/alarm dengan menekan butang kecemasan sekiranya berlaku apa-apa pecah masuk rumah jiran kita tu.
  5. Sekiranya beliau dikampung halaman bolehlah hantar amaran SMS supaya mudah dihubungi nanti. (Hai itu pun kalau adalah 'jenjiran' yang prihatin ye tak..?

Apa pendapat anda?

No comments:

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/02/tutorial-yang-didedikasikan-kepada-azza.html#ixzz1PRfftMsn

Popular Posts

Custom Search